Sembang Maniac

Sembang-sembang je

PlayStation Music Dengan Spotify Diumumkan Oleh Sony

Playstation-Music


Sony hari ini mengumumkan perkhidmatan baru mereka iaitu PlayStation Music. Perkhidmatan penstriman ini ialah dilakukan dengan kerjasama Spotify. PlayStation Music akan mula beroperasi 29 Mac hadapan di 41 negara dan pada masa yang sama perkhidmatan Music Unlimited Sony akan ditamatkan. Pengguna Spotify boleh menggunakan akaun mereka pada PlayStation Music. Anda boleh menggunakan perkhidmatan ini pada PS4, PS3 serta peranti pintar keluarga Xperia. Tiada sokongan untuk Vita buat masa ini. Kepada pengguna PS4 anda akan boleh menstrim lagu dari PlayStation Music sebagai lagu latar belakang ketika sesi permainan anda. Pelanggan Music Unlimited yang masih membayar untuk perkhidmatan ini akan diberikan akses percuma paa PlayStation Music. Kerjasama Sony dan Spotify akan membenarkan pengguna menstrim 3.1 Billion lagu di dalam pangkalan data Spotify. Senarai lengkap 41 negara yang akan menerima sokongan PlayStation Music masih belum diumumkan. Kami berharap Malaysia adalah negara yang akan menrima perkhidmatan ini. Ini adalah kerana kami menympan impian untuk mendengar lagu Raihan ketika bermain GTA V.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "PlayStation Music Dengan Spotify Diumumkan Oleh Sony"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info