Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Panasonic Hadir Dengan Televisyen 4K Menggunakan Sistem Operasi FirefoxOS

Jikalau Samsung menggunakan platform Tizen untuk televisyen, dan LG pula menggunakan webOS untuk televisyen mereka, kini Panasonic pula memilih platform FirefoxOS untuk televisyen keluaran terbaru mereka.


Televisyen pintar daripada Panasonic ini turut hadir dengan sokongan skrin paparan 4K, serta menjalankan sistem operasi daripada pihak Mozilla. Perkara ini sekaligus membolehkan pengguna menjalankan sebarang aplikasi web terus pada televisyen mereka, dan turut melayari web menggunakan pelayar Firefox.


Panasonic FirefoxOS


Panasonic FirefoxOS


Panasonic FirefoxOS


Panasonic turut dipetik mengatakan yang mana pelbagai notifikasi turut akan dipaparkan pada televisyen berkenaan – terutamanya daripada peranti berhubung yang lain yang terdapat di rumah pengguna. Mungkin pada masa akan datang, ia akan menyukarkan lagi pengguna untuk membuat pilihan televisyen, memandangkan kini pengguna turut perlu menilai penawaran sistem operasi untuk televisyen sebelum memilihnya.


Harga dan tarikh jualannya masih tidak diketahui buat masa ini.







Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Panasonic Hadir Dengan Televisyen 4K Menggunakan Sistem Operasi FirefoxOS"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info