Arena kereta yang dipandu automatik sedia disertai oleh pelbagai pengeluar kenderaan, termasuk pihak Google. Terkini, salah satu pengeluar terkemuka, Nissan dilihat mengumumkan kerjasama selama lima tahun dengan pihak NASA dalam membangunkan teknologi dan inovasi dalam arena sama.
Melalui kerjasama kedua-dua pihak ini, mereka ingin menggunakan kenderaan elektrik daripada Nissan dalam hadir dengan kereta yang dipandu automatik – yang mana bukan sahaja boleh digunakan di bumi, tetapi turut digunakan di planet lain seperti Marikh.
Untuk makluman, pihak NASA sedia menggunakan beberapa perkara yang dikawal secara automatik dalam eksplorasi planet baru mereka, sementara Nissan turut telah menyertai arena sama sejak setahun dua yang lepas. Dengan bekerjasama, mereka ingin menjadikan pembangunannya lebih pantas, sekaligus hadir ke pasaran dalam masa kurang lima tahun lagi.
Nissan merancang untuk mengujinya di jalan raya pada tahun ini, dan akan memasarkannya bermula 2020 kelak – jangka latar masa yang lebih kurang menyerupai beberapa pengeluar kenderaan yang lain.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nissan Dan NASA Bekerjasama Dalam Membangunkan Kereta Yang Dipandu Automatik Di Bumi Dan Planet Lain"