Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mungkinkah Penyedia Perkhidmatan Seperti GrabTaxi Dan Lain-Lain Bersatu Dalam Bersaing Dengan Uber?

Perkhidmatan seperti GrabTaxi (turut dikenali sebagai MyTeksi di Malaysia) menawarkan kebolehan untuk pengguna terus menempah teksi dengan mudah menggunakan peranti mudah-alih mereka. Baru-baru ini, Softbank telah melabur $250 juta pada GrabTaxi. Softbank bukan sahaja hanya melabur pada GrabTaxi, tetapi turut telah melabur sebanyak $210 juta pada OlaCabs di India pada Oktober lepas.


Pelaburan oleh Softbank dilihat mempunyai cita-cita lebih besar berbanding hanya menantikan keuntungan daripadanya sahaja. Mengikut laporan terbaru, ia dikatakan beberapa syarikat dalam industri pernah berbincang dalam menubuhkan kesatuan khusus untuknya.


Melalui kesatuan tersebut, ia dijangka akan menyertakan perkongsian ilmu berkaitan, dan juga mungkin menawarkan kebolehan untuk membuat tempahan terus menggunakan aplikasi lain ketika berada di sesuatu negara. Sebagai contoh, sekiranya pengguna GrabTaxi ke India, maka mereka boleh membuat tempahan menggunakan OlaCabs.


Perkara ini juga akan membolehkan mereka lebih efektif dalam bersaing dengan perkhidmatan lain seperti Uber. Seperti semua sedia maklum, Uber telah diharamkan dibeberapa lokasi memandangkan sering melanggar peraturan yang ditetapkan. Sementara perkhidmatan seumpama GrabTaxi dan OlaCabs menggunakan teknologi dalam menghubungkan pengguna kepada teksi – yang sedia mematuhi pelbagai peraturan ditetapkan kerajaan.


Kerjasama seperti ini bukan sesuatu yang baru dalam arena teknologi, dimana sering kali pelbagai syarikat bersatu dalam menyelesaikan beberapa masalah yang sama.


Seperti biasa, pihak Softbank tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan dengannya, dan sekadar mengatakan pelaburan mereka masih lagi baru buat masa ini.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Mungkinkah Penyedia Perkhidmatan Seperti GrabTaxi Dan Lain-Lain Bersatu Dalam Bersaing Dengan Uber?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info