Sembang Maniac

Sembang-sembang je

LG Memperlihatkan Telefon Dengan Bahagian Tepi Melengkung Seumpama Samsung Galaxy Edge

Samsung pada tahun lepas, ketika pengenalan Galaxy Note 4, turut telah memperkenalkan Galaxy Note Edge yang membawakan bahagian skrin tepi yang melengkung. Ia menjadi salah satu perbualan hangat ketika itu, dan kini ia dilihat rakan senegara mereka, LG turut mungkin menawarkan peranti seumpamanya.


LG Edge


Ketika CES 2015 yang diadakan pada minggu ini, pihak LG dilaporkan telah memperlihatkan sebuah telefon pintar LG dengan bahagian tepi yang melengkung kepada beberapa media dan hadirin. Berbeza dengan rekaan Samsung, LG membawakan bahagian melengkung kepada kedua-dua bahagian – kiri dan kanan, sekaligus membahagian peranti berkenaan kepada tiga bahagian skrin.


LG menggunakan skrin bersiaz 6-inci dengan apa yang dipanggil sebagai “Active Bending” P-AMOLED untuk peranti ini. Peranti ini hanya menawarkan resolusi pada 720×1280 pixel sahaja – yang mana agak jauh berbeza dengan Galaxy Note Edge yang menawarkan resolusi 1440×2560 pixel.


Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada pihak LG hanya akan memasarkan bahagian panel ini kepada pengeluar lain sahaja, ataupun turut akan hadir dengan sebuah peranti yang menggunakan panel ini.


Bagi anda, apakah pendapat anda berkenaan dengan rekaan panel pada bahagian tepi peranti ini? Adakah anda akan mendapatkannya sekiranya ditawarkan di pasaran/






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "LG Memperlihatkan Telefon Dengan Bahagian Tepi Melengkung Seumpama Samsung Galaxy Edge"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info