Sembang Maniac

Sembang-sembang je

LG G Flex 2 Diperkenalkan – Telefon Melengkung Dengan Cip Snapdragon 810

LG hari ini turut memperkenalkan telefon pintar terbaru daripada mereka, dan juga kemaskini kepada keluarga G Flex sebelum ini, iaitu LG G Flex 2. Peranti baru ini dilihat membawakan pelbagai penambah-baikkan berbanding versi sebelumnya, dan salah satunya adalah dimana saiznya kini lebih kecil dan selesa di tangan.


LG G Flex 2


LG G Flex 2


LG G Flex 2 membawakan saiz skrin sebesar 5.5-inci dengan resolusi 1080p. Dari segi spesifikasi, LG G Flex 2 membawakan cip pemprosesan 64-bit Snapdragon 810 2Ghz, memori 2GB RAM, dan sokongan rangkaian 4G LTE. Peranti ini turut dilengkapi dengan kamera belakang 13-megapixel dengan sokongan laser-autofokus. LG G Flex 2 juga turut dilengkapi dengan Android 5.0 Lolipop untuk sistem operasinya.


Pihak LG turut menyertakan sokongan rakaman gambar menggunakan gesture pada peranti ini, selain menyertakan sebuah fungsi dinamakan Glance yang memudahkan anda melihat notifikasi pada peranti anda. Untuk bateri pula, pihak LG menyertakan sokongan pengecasan pantas, memudahkan anda mengecas bateri berkapasiti 3000mAh ini dengan lebih pantas – iaitu sehingga 50% dalam masa kurang 40 minit.


LG G Flex 2


LG G Flex 2


LG G Flex 2


Salah satu perkara yang hadir pada LG G Flex sebelum ini kebolehan ia untuk “sembuh-semula” daripada calar pada kerangka belakang. Ia sebelum ini mengambil sekitar tiga minit untuk sesuatu calar itu hilang, dan pada LG G Flex 2, pihak LG menambah-baikknya, dan kini calar boleh hilang dalam masa lebih kurang 10 saat.


LG G Flex 2


Buat masa ini, pihak LG tidak berkongsi sebarang info berkaitan bilakah LG G Flex 2 akan dijual, dan berapakah harga jualannya kelak.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "LG G Flex 2 Diperkenalkan – Telefon Melengkung Dengan Cip Snapdragon 810"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info