Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Konsep) Layer : Papan Kekunci Dan Tablet Dua Dalam Satu

Layer-1


Sekiranya anda bekerja di dalam industri multimedia kreatif, tablet Wacom adalah alat yang harus anda miliki. Melakukan tugasan adalah jauh lebih pantas dengan menggunakan sebuah tablet dan stylus. Tetapi pada waktu yang sama anda masih memerlukan papan kekunci untuk melakukan tugasan lain. Dari pengalaman peribadi papan kekunci dan tablet Wacom yang kami miliki akan mengambil ruang yang besar di atas meja kerja. Layer ialah konsep papan kekunci dan tablet hibrid rekaan Kim Edo. Papan kekunci ini dibina secara berlapis. Lapisan atas adalah lapisan kekunci yang digunakan untuk menaip. Sekiranya anda memerlukan fungsi tablet, lapisan ini dicabut bagi mendedahkan panel sesentuh yang boleh digunakan dengan sebuah stylus. Rekaan modular ini menjimatkan ruang pada meja kerja anda. Sebuah konsep yang menarik tetapi masih belum dihasilkan secara fizikal. Sekiranya ia akhirnya dihasilkan kami pasti akan menjadi antara pembeli paling awal


Layer-3 Layer-2






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Konsep) Layer : Papan Kekunci Dan Tablet Dua Dalam Satu"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info