Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Jolla Menyeneraikan Semula Kempen Di Indiegogo Dengan Jolla Tablet Berkapasiti 64GB

Jolla pada penghujung tahun lepas telah mengumpulkan dana untuk tablet pertama mereka, dinamakan sebagai Jolla Tablet. Ia telah mendapat perhatian ramai, malah pengumpulan dana tersebut boleh dikatakan berjaya. Kini, mereka kembali menyenaraikan semula kempen baru mereka, dimana kali ini mereka hadir dengan kemaskini ruangan storan untuk tablet berkenaan.


jolla-tablet_04


Melalui halaman kempen berkenaan, pengguna yang sedia menyumbang sebelumnya boleh memilih untuk menaik-taraf ruangan storan ke 64GB dengan menambah $25, sebaliknya bagi mereka yang baru pula boleh mendapatkannya pada harga $249.


Disamping itu, mereka turut menaik-taraf kapasiti bateri dan juga sokongan kad-SD sehingga 128GB. Namun, disebabkan tidak mempunyai lesen penggunaan sokongan microSDXC daripada Microsoft, maka pengguna tidak boleh menggunakan kad-SD yang diformat pada Jolla Tablet di komputer Windows.


Bagi yang terlupa, Jolla Tablet merupakan tablet berasaskan Sailfish OS, dan hadir dengan skrin bersaiz 7.9-inci. Tablet baru ini mengandakan penawaran berbanding sebelumnya, dimana ketika awal mereka hanya menawarkan kapasiti storan 32GB.


Apa pun, salah satu perkara yang mendukacitakan adalah kerana Jolla tidak akan membuat penghantaran peranti mereka ke Malaysia buat masa ini, dan hanya terhad untuk beberapa negara terpilih sahaja. Bagi anda, adakah anda akan mendapatkannya jika ia ditawarkan untuk pengguna tempatan?


IndieGogo : Jolla Tablet





Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Jolla Menyeneraikan Semula Kempen Di Indiegogo Dengan Jolla Tablet Berkapasiti 64GB"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info