Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Intel Memperlihatkan Cip “Curie” Untuk Peranti Boleh-Pakai Pada Saiz Butang Baju

Intel sejak setahun dua yang lepas telah memfokuskan kepada penawaran mereka bagi peranti boleh-pakai. Sebelum ini mereka sedia memperlihatkan Edison dan juga Quark, dan hari ini mereka turut sama memperlihatkan produk terbaru daripada mereka dinamakan sebagai Curie.


Intel Curie


Curie merupakan salah satu modul perkomputeran yang sebesar saiz butang baju, dimana ia menyertakan cip Quark, sensor untuk memantau kecergasan, dan juga sokongan Bluetootk LE. Curie dilihat boleh digunakan bersama-sama peranti boleh-pakai seperti jam tangan pintar dan juga gelang tangan pintar oleh pengeluar.


Cip ini juga dijangka turut akan digunakan pada peranti boleh-pakai daripada Intel, dimana mereka telah bekerjasama dengan beberapa syarikat sebelum ini, selain turut membuat pelaburan pada Vuzix baru-baru ini.


Curie akan ditawarkan oleh Intel kepada rakan kerjasama mereka bermula suku kedua 2015 ini.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Intel Memperlihatkan Cip “Curie” Untuk Peranti Boleh-Pakai Pada Saiz Butang Baju"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info