Sembang Maniac

Sembang-sembang je

InstaFall – TweetDeck Untuk Instagram, Memudahkan Anda Mengikuti Kemaskini Daripada Pengguna Dan Tag

Instagram telah menjadi antara laman sosial yang popular, dan angka pengguna aktifnya kini melangkaui angka pengguna aktif Twitter. Namun, bagi kami, aplikasi Instagram pada peranti mudah-alih mempunyai kekangannya tersendiri, dimana menyukarkan anda melihat kemaskini masa-nyata untuk sesuatu tag atau dari seseorang pengguna.


Untuk memudahkan proses ini, salah satu aplikasi berasaskan web yang baru hadir adalah InstaFall. InstaFall beroperasi lebih kurang seperti Tweetdeck, dimana pengguna boleh menambah beberapa kolum pada paparan, dan pada masa yang sama mengaktifkan sokongan kemaskini masa-nyata.


InstaFall


InstaFall


Ini mungkin berguna sekiranya anda ingin mengikuti kemaskini daripada sesuatu pengguna, selain pada masa yang sama mengikuti kemaskini gambar yang menggunakan sesuatu tag dengan mudah.


InstaFall ini masih lagi pada peringkat awal, dan masih tiada fungsi meninggalkan komen dan juga fungsi untuk menambah lebih dari satu akaun Instagram. Namun, ia mungkin sesuatu yang menarik untuk dicuba oleh semua pengguna tegar Instagram.


Layari : InstaFall





Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "InstaFall – TweetDeck Untuk Instagram, Memudahkan Anda Mengikuti Kemaskini Daripada Pengguna Dan Tag"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info