Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HTC Sense 7 Bakal Menyertakan Aplikasi Untuk Memudahkan Anda Membuat Avatar

Dengan memasuki tahun baru 2015, pelbagai syarikat mula bersedia dengan pelancaran peranti flagship mereka untuk tahun ini. Turut tidak ketinggalan adalah HTC yang dijangka bakal hadir dengan HTC One M9 dan bersama-sama dengannya dilengkapi dengan antaramuka HTC Sense 7.


Untuk makluman, HTC Sense merupakan antaramuka yang digunakan oleh HTC pada peranti mereka, dan versi baru – Sense 7 dijangka akan digunakan pada peranti HTC One M9 kelak.


HTC Sense Avatar 7


Ia dijangka akan membawakan beberapa fungsi baru dan kemaskini pada antaramuka. Terkini, melalui salah satu info yang tertiris, HTC Sense 7 dilihat bakal menyertakan fungsi untuk pengguna membuat avatar mereka tersendiri pada peranti berkenaan.


Buat masa ini, hanya paparan skrin untuk aplikasi berkenaan sahaja yang tertiris, dan masih menjadi tanda tanya apakah fungsi aplikasi ini kelak – dan adakah ia akan turut ditawarkan kepada pengguna peranti lain seperti yang dilakukan melalui HTC Zoe. Tetapi kita dapat lihat secara kasar terdapat sedikit perubahan pada antaramuka Sense – terutamanya beberapa elemen padanya.


Apa pun, semestinya ramai yang menantikan apakah bakal diumumkan oleh HTC pada tahun ini, apatah lagi dengan eksekutif HTC sendiri mengatakan mereka mempunyai kejutan menarik untuk pengguna pada tahun ini melalui peranti mereka.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HTC Sense 7 Bakal Menyertakan Aplikasi Untuk Memudahkan Anda Membuat Avatar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info