Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Hadirkan Diri Anda ke Startup Weekend Georgetown Pada 16-18 Januari

Sekiranya anda tinggal di utara Semenanjung Malaysia, pastinya sukar untuk menghadiri pelbagai aktiviti memfokuskan startup di Kuala Lumpur dan Selangor. Kini, acara Startup Weekend yang seterusnya akan diadakan di Georgetown, Pulau Pinang pada 16-18 Januari 2015.


logo-1Acara Startup Weekend selama 3 hari ini memfokuskan kepada perkongsian, seminar, serta aktiviti yang sinonim dengan startup seperti pitching, hackathon, serta perkongsian ilmu dari penggiat dan pengasas startup sendiri. Sekiranya anda mempunyai idea yang bagus namun memerlukan bantuan sama ada dari segi teknikal mahupun pembangunan idea itu sendiri, terdapat beberapa sesi yang bakal mengetengahkan mentor dan anda boleh mencari rakan teknikal pada acara ini. Antara rakan kerjasama mereka termasuklah MaGIC, iPay88, Shopify, PiktoChart, YES, Exabytes dan lain-lain.


Kadang-kala, kita mempunyai idea namun tidak mempunyai masa untuk fokus melaksanakannya. Jadi acara 3 hari ini juga merupakan acara yang mesti anda hadiri kerana anda boleh menginap di lokasi tersebut tanpa gangguan luar. Acara ini akan diadakan di Han Chiang College, Jalan Lim Lean Teng, Georgetown.



Daftarkan kehadiran anda sekarang sementara promosi diskaun bagi pembeli awal masih ada. Untuk makluman, tiket dijual pada harga asal RM80 dan tiket tersebut dijual pada harga RM60 sehingga akhir minggu ini.







Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Hadirkan Diri Anda ke Startup Weekend Georgetown Pada 16-18 Januari"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info