Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Memperkenalkan Chrome 40 Untuk iOS Dengan Antaramuka Material Design Dan Sokongan Handoff

Google hari ini telah mula menawarkan kemaskini baru untuk pelayar web Chrome bagi para pengguna iPhone dan juga iPad. Melalui kemaskini baru ini, Google menyertakan pelbagai pembaharuan pada antaramuka, termasuk logo Chrome yang dikemaskini.


Chrome 40 iPhone


Google Chrome untuk iOS kini menggunakan antaramuka berasaskan Material Design. Mereka telah sedia memperkenalkan antaramuka berkenaan pada beberapa aplikasi iOS yang lain, dan kini dengan pengenalan pada Chrome, ia menawarkan penggunaan yang selari dan lebih kurang sama seperti pada Android.


Disamping itu, Google turut mengoptimasikan Chrome untuk iOS8, termasuk menyertakan sokongan Handoff yang telah diperkenalkan oleh Apple untuk mengintegrasikan sokongan antara Chrome ke pelayar web di OS X.


Bagi pengguna iPhone atau iPad yang menggunakan Chrome, anda boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan menikmati pelbagai perkara baru yang dibawakan padanya.







Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Google Memperkenalkan Chrome 40 Untuk iOS Dengan Antaramuka Material Design Dan Sokongan Handoff"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info