Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Dilaporkan Berminat Untuk Membuat Pelaburan Pada SpaceX

SpaceX adalah salah satu syarikat yang memfokuskan kepada ekspolarasi angkasa, dimana ia telah dimulakan oleh Elon Musk dalam usaha untuk mengurangkan kos pengangkutan ke angkasa berbanding sedia ada. Mereka telah menguji beberapa pelancaran sebelum ini, dan ia merupakan salah satu syarikat teknologi yang menjadi fokus ramai sejak setahun dua ini.


Terkini, mengikut sebuah laporan baru, ia dikatakan Google berminat untuk membuat pelaburan pada SpaceX – dimana pada masa yang sama ingin menyokong pembangunan satelit SpaceX yang boleh menawarkan internet kos rendah kepada pelbagai pengguna di kawasan pedalaman.


Selain Google, pelaburan baru ke SpaceX juga dijangka akan disertai beberapa pelabur lain, dan dikatakan akan menilaikan syarikat SpaceX kepada harga mencecah melangkaui $10 bilion.


Seperti semua sedia maklum, perlumbaan untuk menawarkan internet ke kawasan pedalaman telah disertai oleh pelbagai syarikat, termasuk Google yang mencuba melalui Project Loon dan dron. Selain Google, Facebook juga dalam proses melakukan perkara lebih kurang sama.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Google Dilaporkan Berminat Untuk Membuat Pelaburan Pada SpaceX"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info