Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Cuti Hujung Minggu? Jom Ke BacaWorld

Cuti pada penghujung minggu ini? Anda mungkin boleh mengambil sedikit masa untuk ke BacaWorld yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Center, dimana melaluinya beberapa produk memfokuskan kepada penerbitan digital dikongsikan.


BacaWorld merupakan persidangan kandungan digital pertama di Malaysia, membolehkan para pengguna tempatan untuk menyertainya dan melihat pelbagai penawaran yang disediakan oleh penerbit tempatan melalui arena digital.


BacaWorld


Daripada pengamatan kami, terdapat sejumlah penyedia yang berkongsi akan platform penerbitan mereka pada acara berkenaan, termasuk PTS, Ilham Karangkraf, Sasbadi, serta beberapa penyedia baru yang memfokuskan kepada penerbitan dan aplikasi pembacaan mudah pada tablet dan telefon.


Selain daripada bidang penerbitan buku, BacaWorld juga turut mempamerkan sejumlah pembangun permainan yang hadir di Malaysia.


Tidak ketinggalan adalah pihak Perpustakaan Negara Malaysia yang berkongsi kaedah untuk pinjam buku secara digital, dan Google Malaysia yang turut memperlihatkan kereta StreetView mereka.


Akhir sekali, pada acara sama juga, pengguna boleh mendapatkan telefon pintar Honor 6 dan juga Honor 3C terus dari reruai Honor – tanpa perlu menantikan penawarannya di VMall seperti sebelum ini.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Cuti Hujung Minggu? Jom Ke BacaWorld"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info