Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Canonical Melancarkan Sistem Operasi Untuk Peranti Berhubung – Dinamakan Ubuntu Core

Sistem operasi berasaskan Ubuntu sedia digunakan pada beberapa robot pada masa kini, dan dalam usaha untuk memudahkan lebih ramai menggunakan sistem operasi berkenaan pada peranti berhubung (IoT), kini pihak Canonical secara rasminya melancarkan Ubuntu Core kepada pembangun.


Ubuntu Core membawakan sistem operasi yang asas – yang mana merupakan versi asas Ubuntu tanpa pelbagai penambahan seperti untuk penawaran pengguna. Menggunakannya, para pembangun boleh menambah pelbagai fungsi yang diinginkan mereka, bergantung kepada produk yang ingin digunakan bersama seperti dron, peralatan rumah pintar, robot dan sebagainya.


Melengkapkan Ubuntu Core ini juga adalah fungsi transactional updates, yang mana membolehkan seseorang pembangun untuk mengembalikan ia semula ke versi asal sekiranya versi kemaskini menghadapi masalah atau tidak beroperasi selari dengan produk mereka.


Canonical mengatakan yang mana Ubuntu Core ini adalah sebuah platform pintar yang selamat untuk peranti berhubung, dimana pembangun turut boleh menghubungkan kedai aplikasi untuk pelbagai kemaskini terkini, disamping menggunakan penjenamaan mereka tersendiri.


Bagi para pembangun, atau anda yang membangunkan peranti berhubung, mungkin boleh menyemak Ubuntu Core hari ini, dimana mungkin ia berguna kepada pembangunan anda.




Layari : Ubuntu Core





Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Canonical Melancarkan Sistem Operasi Untuk Peranti Berhubung – Dinamakan Ubuntu Core"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info