Sembang Maniac

Sembang-sembang je

BlackBerry Bakal Membawa Sokongan BBM Untuk Android Wear

Android Wear merupakan platform untuk jam tangan pintar yang dihubungkan bersama-sama telefon Android. Beberapa pembangun aplikasi sedia memperlihatkan sokongan mereka untuk platform berkenaan, dan terkini BlackBerry turut memperlihatkan sokongan BlackBerry Messenger (BBM) untuk Android Wear.


BBM Android Wear


Seperti umum sedia maklum, BlackBerry telah pun menawarkan BBM untuk Android sejak daripada tahun lepas, dan pengenalan untuk Android Wear ini sekadar memperluaskan fungsi dan sokongan Android untuk aplikasi berkenaan.


Menurut BlackBerry, sokongan untuk Android Wear akan hadir tidak lama lagi, dimana melaluinya pengguna boleh mengikuti beberapa notifikasi, dimana antaranya melihat mesej baru, melihat permintaan rakan baru, menghantar respon menggunakan beberapa mesej yang telah ditetapkan, dan turut menggunakan Google Now dalam membalas mesej BBM.


Buat masa ini, peranti berasaskan Android Wear masih belum ditawarkan secara rasmi di Malaysia. Antara syarikat yang dijangka akan menawarkannya dalam masa terdekat adalah Asus dan juga Sony – yang mana masing-masing mempunyai Asus ZenWatch dan juga Sony SmartWatch dibawah penawaran mereka.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "BlackBerry Bakal Membawa Sokongan BBM Untuk Android Wear"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info