Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Asus Zenfone Zoom Hadir Dengan Sokongan Zoom Optikal Dan Autofokus Laser

Bersama-sama dengan pengenalan Asus Zenfone 2, pihak Asus turut sama mengumumkan sebuah peranti variasi dibawah keluarga Zenfone dan memfokuskan kepada mereka yang gemar merakamkan gambar, dikenali sebagai Asus Zenfone Zoom.


Asus Zenfone Zoom


Asus Zenfone Zoom


Zenfone Zoom ini hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci, menggunakan Android 5.0 Lolipop, dan hadir dengan pelbagai ciri-ciri menarik seperti pada Zenfone 2 yang diumumkan hari ini.


Namun, berbeza dengan Zenfone 2 yang ditujukan kepada pengguna umum, Zenfone Zoom pula ditujukan kepada mereka yang meminati dunia fotografi. Ia hadir dengan kamera belakang 13-megapixel yang boleh di zoom secara optikal sehingga 3 kali. Perkara ini sekaligus menjadikan Asus Zenfone Zoom ini sebagai peranti dengan sokongan zoom optikal yang paling nipis di pasaran pada hari ini.


Asus Zenfone Zoom


Asus Zenfone Zoom


Asus Zenfone Zoom


Disamping itu, Asus Zenfone Zoom juga turut hadir dengan sokongan OIS (Penstabilan Imej Optikal), dan juga Laser Autofokus.


Zenfone Zoom ini akan dijual bermula suku kedua 2015 ini pada harga $399 (~RM1420).


Asus Zenfone Zoom


Asus Zenfone Zoom






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Asus Zenfone Zoom Hadir Dengan Sokongan Zoom Optikal Dan Autofokus Laser"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info