Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Aplikasi MyMaxis Untuk iOS Dan Android Dikemaskini – Memudahkan Pengurusan Akaun Pascabayar

Maxis sedia mempunyai aplikasi Hotlink Red untuk pengguna prabayar, yang membawakan pelbagai penawaran hebat, disamping memudahkan pengguna menguruskan akaun mereka. Kini, perkara sama turut dibawakan untuk pelanggan pascabayar mereka melalui aplikasi MyMaxis.


MyMaxis


Aplikasi MyMaxis sedia ditawarkan sejak sebelum ini, namun versi baru ini membawakan kemaskini besar – terutamanya dalam memudahkan pengguna menguruskan akaun mereka melalui antaramuka yang lebih mudah digunakan.


Menggunakan aplikasi ini, pengguna boleh mengakses beberapa informasi penting, termasuk melihat penggunaan mereka, melihat penggunaan data, memilih untuk membayar bil, dan turut mendapatkan sejumlah ganjaran menarik khusus untuk pengguna Maxis.


Bagi anda yang menggunakan talian pascabayar Maxis, anda boleh memuat-turun aplikasi MyMaxis ini secara percuma dari AppStore dan Google PlayStore hari ini.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi MyMaxis Untuk iOS Dan Android Dikemaskini – Memudahkan Pengurusan Akaun Pascabayar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info