Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Acer Iconia Tab 8W Mula Dijual Di Malaysia – Tablet Windows 8.1 Pada Harga RM499

Acer pada IFA 2014 yang lepas telah memperkenalkan sebuah tablet pada harga mampu-milik, iaitu Iconia Tab 8W. Kini, selang beberapa bulan, tablet berkenaan dilihat telah pun mula ditawarkan di pasaran tempatan pada harga RM499.


Acer Iconia Tab 8W


Iconia Tab 8WAcer Iconia Tab 8W ini hadir dengan skrin bersaiz 8-inci, dijana dengan cip pemprosesan Intel Atom Z3735G 1.33Ghz, memori 1GB RAM, dan dilengkapi dengan Windows 8.1.


Bersama-sama dengannya, pihak Acer turut menyertakan perisian Microsoft Office 365 dengan langganan percuma selama setahun. Tablet ini turut menyertakan ruangan storan sebesar 32GB dan membawakan masa bertahan bateri sehingga 8 jam lamanya.


Bagi anda yang tercari-cari sebuah tablet berasaskan Windows 8.1 pada harga mampu-milik, mungkin boleh menyemak tablet ini yang mana sudah boleh didapati daripada pengedar tempatan seluruh negara.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Acer Iconia Tab 8W Mula Dijual Di Malaysia – Tablet Windows 8.1 Pada Harga RM499"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info