Sembang Maniac

Sembang-sembang je

5 Perkara Baru Yang Dibawakan Oleh Samsung Galaxy S5 Melalui Android 5.0 Lolipop

Pada awal pagi ini, pihak Samsung telah mula menawarkan kemaskini Android 5.0 Lolipop untuk para pengguna Samsung Galaxy S5 di Malaysia. Buat masa ini, kemaskini ini ditawarkan melalui Samsung Kies, dan kemaskini melalui OTA dijangka akan dimulakan tidak lama lagi.


Dengan kemaskini baru ini, semestinya ramai yang tertanya-tanya berkenaan apakah antara perkara baru yang dibawakan oleh Samsung kepada pengguna Galaxy S5 yang menggunakan Android 5.0 Lolipop ini. Berikut merupakan 5 perkara utama yang dibawakan oleh Samsung untuk kemaskini Android baru ini bagi pengguna mereka:


Kemaskini Antaramuka Baru


Seperti semua sedia maklum, Android 5.0 Lolipop membawakan kemaskini antaramuka Material Design melaluinya. Samsung dengan antaramuka TouchWiz, turut mengemaskininya dan menyertakan beberapa elemen Material Design pada aplikasi mereka.


Aplikasi utama seperti Dialer, permesejan, Memo, Kalkulator dan sebagainya menerima kemaskini dengan elemen Material Design ini, selain bahagian tetapan yang kini tampak lebih kemas berbanding sebelumnya.


TouchWiz Lolipop


TouchWiz Lolipop


TouchWiz Lolipop


TouchWiz Lolipop


Paparan Notifikasi Yang Dikemaskini


Talam notifikasi kini dikemaskini paparannya, dimana ia tidak menghalang paparan pada latar, sebaliknya membawakan rekaan talam notifikasi yang lutsinar.


Disamping itu, Android 5.0 Lolipop turut menyertakan paparan notifikasi pada bahagian LockScreen, dan beberapa kandungan terpilih dihalang paparannya secara terbuka pada lockscreen.


TouchWiz Lolipop


Rekaan Baru Paparan Multi-Tasking


Pihak Samsung telah mula menggunakan paparan multi-tasking dalam bentuk Cards bermula daripada Galaxy Note 3. Kini, Galaxy S5 turut menerima paparan tersebut – yang mana turut disertakan pada Android 5.0 Lolipop.


Menggunakannya, pengguna boleh melihat aplikasi yang dijalankan secara ringkas, disamping swipe ke kiri atau kanan sekiranya ingin menamatkan aplikasi berkenaan.


TouchWiz Lolipop


Boleh Mengetahui Masa Penggunaan Bateri


Pada Android 5.0 Lolipop, Google turut memberikan perhatian kepada masa penggunaan bateri dan mengoptimasikannya lebih untuk masa penggunaan lama. Samsung turut mengintegrasikannya, dan turut membolehkan para pengguna mengetahui akan masa penggunaan bateri mereka melalui halaman tetapan.


TouchWiz Lolipop


Permainan Seumpama Flappy Bird Yang Tersembunyi


Dan akhir sekali, salah satu fungsi baru yang disertakan adalah pada easter-egg khusus untuk Android 5.0 Lolipop. Sekiranya pengguna ke halaman About di bahagian Settings, anda akan diperlihatkan dengan versi Android yang digunakan. Anda seterusnya boleh tap pada angka versi berkenaan beberapa kali, dan ia akan memulakan sebuah permainan seumpama Flappy Bird.


TouchWiz Lolipop






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "5 Perkara Baru Yang Dibawakan Oleh Samsung Galaxy S5 Melalui Android 5.0 Lolipop"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info