Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Yahoo! Akan Menamatkan Sejumlah Laman Mereka Untuk Pasaran Malaysia

Yahoo! hari ini secara rasminya menawarkan maklumat kemaskini untuk beberapa perkhidmatan mereka, dimana mereka mengumumkan akan menamatkan sejumlah laman dan perkhidmatan mereka tidak lama lagi. Perkara ini termasuk beberapa laman media yang khusus untuk pasaran Malaysia.


Untuk pasaran Malaysia, Yahoo! akan menamatkan laman Yahoo! News, Yahoo! SHE, Yahoo! Sports, Yahoo! OMG, dan juga Yahoo! Entertainment. Sebagai ganti untuknya, pengguna akan dibawa ke halaman utama Yahoo!, dan ditawarkan dengan info antarabangsa, dan bukannya khusus untuk pasaran Malaysia.


Disamping itu, Yahoo! juga akan menamatkan Yahoo! Profile, dan pengguna kini perlu menguruskan akaun melalui laman Yahoo! Account. Yahoo! juga akan menamatkan Yahoo! Classic Games yang mana menawarkan beberapa permainan klasik seperti Poker, Bingo dan juga Pool.


Kesemua perubahan ini akan dilakukan pada bulan Disember ini, dan mungkin Yahoo! ingin memfokuskan kepada beberapa perkhidmatan lain mereka. Pengumuman rasmi daripada Yahoo! ini hadir selepas beberapa desas-desus sebelum ini mengatakan Yahoo! akan menutup pejabat di Malaysia.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Yahoo! Akan Menamatkan Sejumlah Laman Mereka Untuk Pasaran Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info