Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Menerima Suntikan Dana Sebanyak $1.1 Bilion – Syarikat Dinilaikan Pada $45 Bilion

Sejak seminggu yang lepas, pelbagai desas-desus telah hadir mengatakan Xiaomi akan menerima suntikan dana terbaru sebanyak $1.1 bilion. Hari ini perkara tersebut disahkan oleh Lei Jun melalui laman sosial, sekaligus menilaikan syarikat pengeluar peranti dari China itu pada nilai $45 bilion.


Seperti semua sedia maklum, Xiaomi mempunyai modal bisnes yang agak menarik, dimana mereka menjual peranti terus kepada pelanggan dan menawarkan ia dalam kuantiti terhad setiap minggu. Perkara ini membuatkan ramai yang bersaing untuk mendapatkannya – membuatkan kebanyakkan stok sering habis dalam masa kurang 5 minit.


Pada tahun 2014 ini, Xiaomi turut telah memperluaskan penawaran peranti mereka ke luar China, sekaligus membuatkan nilai syarikat mereka naik mendadak berbanding sebelumnya.


Xiaomi dinilaikan berharga $4 bilion pada tahun 2012, dan ia dinilaikan pada harga $10 bilion pada 2013. Kini, pada tahun ini ia dikatakan menjana pendapatan tahunan hampir $10 bilion setiap tahun, dan membawa kepada nilai syarikat sebanyak $45 bilion.


Dengan suntikan dana ini, kita mungkin akan dapat melihat pihak Xiaomi melabur ke beberapa produk baru, selain turut digunakan untuk memperluaskan penawaran produk mereka di beberapa negara baru seluruh dunia.






Banyak lagi menarik FB kami



https://www.facebook.com/gambarpeliklucuorangkomen

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Menerima Suntikan Dana Sebanyak $1.1 Bilion – Syarikat Dinilaikan Pada $45 Bilion"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info