Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Akan Menawarkan Redmi Note 4G Di Malaysia Bermula 11 Disember

Redmi Note 4G merupakan telefon pintar terbaru daripada pihak Xiaomi yang turut menyertakan sokongan rangkaian 4G bersama-sama dengannya. Ia telah diumumkan untuk pasaran Malaysia pada November lepas, dan kini Xiami melalui laman Facebook mereka turut memperlihatkan ia akan mula dijual di Malaysia bermula 11 Disember ini.


Redmi Note 4G Malaysia


Ia masih mengekalkan pelbagai perkara termasuk rekaan dan saiz peranti seumpama Redmi Note asal, dimana ia membawakan skrin bersaiz 5.5-inci HD IPS, ruangan storan 8GB, kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Redmi Note 4G turut menyertakan cip Snapdragon 400 1.6Ghz, bateri berkapasiti 3100mAh, dan hadir dengan sokongan hanya satu SIM.


Dari segi perisian pula, Redmi Note 4G membawakan Android 4.4 KitKat, dan dilengkapi antaramuka MIUI 5. Di Malaysia, Redmi Note 4G akan dijual pada harga RM589.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Akan Menawarkan Redmi Note 4G Di Malaysia Bermula 11 Disember"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info