Sembang Maniac

Sembang-sembang je

WordPress 4.1 Hadir Dengan Lebih Kemudahan Untuk Menulis – Penawaran Sekuriti Lebih Baik, Tema Baru

Pihak pembangun WordPress hari ini telah pun menerbitkan WordPress 4.1 untuk semua pengguna, sekaligus membolehkan pengguna seluruh dunia memuat-turun dan menggunakan CMS tersebut untuk membangunkan web, mahupun blog. WordPress 4.1 ini dinamakan dengan nama kod “Dinah”.


Seperti pelbagai kemaskini WordPress lain, ia turut menyertakan pelbagai pembaharuan, termasuk menawarkan sebuah tema dan rekaan baru dinamakan sebagai Twenty Fifteen. Tema baru ini memfokuskan kepada penulisan blog, dan dioptimasikan untuk digunakan oleh pelbagai jenis bahasa, dan pada pelbagai saiz skrin.


WordPress 4.1


Menjadi fokus pihak WordPress untuk memudahkan penulisan, dan pada WordPress 4.1 mereka terus menambah baik fungsi penulisan tanpa gangguan yang telah diperkenalkan oleh mereka sebelum ini. Disamping itu, kini pihak WordPress memudahkan para pengguna mengubah tetapan bahasa terus melalui halaman tetapan, disamping menawarkan sekuriti yang lebih baik, dimana anda boleh log keluar dengan mudah daripada komputer lain yang tidak digunakan anda – sekiranya anda terlupa untuk log keluar.


Bersama-sama WordPress 4.1 ini juga, pelbagai pembaharuan lain turut disertakan, termasuk beberapa API baru untuk pembangun, dan mengoptimasikan lagi CMS popular ini. Bagi anda yang menggunakan WordPress, anda boleh mengemaskini pemasangan anda, dan mencuba pelbagai fungsi baru yang disertakan ini.



Muat-Turun WordPress 4.1





Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "WordPress 4.1 Hadir Dengan Lebih Kemudahan Untuk Menulis – Penawaran Sekuriti Lebih Baik, Tema Baru"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info