Sembang Maniac

Sembang-sembang je

TMgo Kini Meliputi Sembilan Buah Negeri – Termasuk Sabah Dan Sarawak

Telekom Malaysia telah memperkenalkan perkhidmatan jalur lebar mudah-alih mereka beberapa bulan yang lepas, bermula dengan negeri Kedah. Sejak daripada itu, ia telah diperluaskan ke beberapa buah negeri, dan semakan terkini pada laman rasmi TMgo memperlihatkan kini ia meliputi sebanyak sembilan buah negeri.


Daripada senarai yang disediakan oleh Telekom Malaysia, perkhidmatan jalur lebar TMgo kini meliputi Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Sabah, Sarawak dan juga Selangor.


TMgo Kuching


Perkhidmatan TMgo ini diperkenalkan oleh Telekom Malaysia dalam usaha untuk membolehkan para pengguna di kawasan luar bandar turut menikmati internet berkelajuan tinggi, tanpa perlu menantikan masa yang lama untuk sokongan UniFi.


TMgo hadir dengan pakej berbeza, dimana pengguna boleh menambah-nilai dan melanggan pelan data dalam pilihan sehingga 6GB untuk 60 hari pada harga RM50. Ia turut hadir dengan dua pilihan modem mudah-alih berbeza, yang mana boleh digunakan dalam bentuk sambungan USB ataupun secara WiFi. Daripada percubaan awal kami, TMgo dilihat menawarkan sambungan rangkaian yang konsisten dengan kelajuan yang tinggi berbanding beberapa penyedia rangkaian mudah-alih lain.


TMgo


Mungkin dengan tahun 2015 menjelang tiba, kita akan dapat melihat rangkaian TMgo ini terus diperluaskan ke pelbagai lokasi lain. Selain TMgo, pihak Telekom Malaysia juga pada tahun ini telah membuat pelaburan pada P1 dengan memegang saham majoriti pada syarikat telekomunikasi tersebut.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "TMgo Kini Meliputi Sembilan Buah Negeri – Termasuk Sabah Dan Sarawak"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info