Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Tetikus Gaming Dari Logitech – G302 Daedalus Prime MOBA Kini Di Malaysia

Logitech sedia mempunyai penawaran khusus untuk peranti-peranti dan aksesori memfokuskan dunia gaming. Terkini, mereak telah menawarkan sebuah lagi tetikus baru dibawah keluarga Logitech G, dinamakan sebagai Logitech G302 Daedalus Prime MOBA Gaming Mouse, dan ia kini telah pun mula ditawarkan di pasaran Malaysia.


Logitech G302 Daedalus Prime


Logitech G302 Daedalus Prime


Logitech G302 Daedalus Prime


Tetikus ini dikatakan telah diuji oleh para pemain profesional seluruh dunia, dan Logitech mengatakan ia direkabentuk untuk keselesaan dan membantu para pemain menang dalam permainan video mereka.


Seperti biasa, ia hadir dengan beberapa butang tambahan, dan mempunyai sebuah sensor tambahan daripada Logitech, dikenali sebagai Logitech Delta Zero – membolehkan pengguna mengawal tetikus dalam kadar kejituan yang tinggi berbanding dengan pelbagai tetikus lain di pasaran. Pengguna juga turut boleh programkan butang-butang yang terdapat pada tetikus ini untuk kawalan khusus dalam permainan mereka.


Tetikus ini telah pun boleh didapati di pasaran tempatan, dimana ia membawakan tanda harga RM129 di Malaysia.






Banyak lagi menarik FB kami



https://www.facebook.com/gambarpeliklucuorangkomen

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Tetikus Gaming Dari Logitech – G302 Daedalus Prime MOBA Kini Di Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info