Sembang Maniac

Sembang-sembang je

SPAD Menyita Lima Kenderaan Yang Menawarkan Perkhidmatan Uber Di Johor Baharu

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah beberapa kali memberikan amaran kepada pemandu Uber, dan kini mereka telah mengeluarkan kenyataan yang mana SPAD telah menyita lima kenderaan persendirian yang menawarkan perkhidmatan Uber di Johor Baharu.


Uber selain menawarkan perkhidmatan mereka di Kuala Lumpur, mereka turut telah mula menawarkan perkhidmatan serupa di Johor Baharu. Melalui aplikasi yang disediakan Uber, ia membolehkan pengguna awam melanggan kenderaan dan pemandu untuk ke sesuatu lokasi.


SPAD telah memberi amaran beberapa kali sebelum ini kepada penyedia perkhidmatan Uber, memandangkan mereka tidak mengikuti peraturan yang telah ditetapkan dari segi insuran penumpang, permit kenderaan dan lesen pemandu.


Menurut Uber, lima kenderaan yang disita adalah mengikut Seksyen 16 Akta APAD 2010. SPAD turut menekankan yang mana mereka tidak akan berkompromi dengan pengendali yang menggunakan kenderaan persendirian bagi menjalankan perkhidmatan Uber ini.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "SPAD Menyita Lima Kenderaan Yang Menawarkan Perkhidmatan Uber Di Johor Baharu"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info