Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Seniman Mustapha Maarof kritikal





Kuala Lumpur: Pelakon veteran Datuk Mustapha Maarof, 79, yang mengalami masalah paru-paru kini kritikal di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, di sini.






Beliau sebelum itu dimasukkan ke Institut Respiratori, Jalan Pahang, di sini, pada 25 November lalu apabila mengadu sesak nafas.



Beliau dipindahkan ke hospital berkenaan semalam dan kini dilaporkan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri serta menggunakan alat bantuan pernafasan.



Rakan baiknya, penerbit filem N Panchacharam, 60, atau Pansha berkata, keadaan kesihatan Musthapa semakin merosot berbanding sebelumnya.



"Saya dihubungi anaknya, Rezal yang memberitahu keadaan terkini bapanya dan segera mengunjungi beliau di sana sekitar jam 1 tengahari tadi.



"Keadaannya memang tidak sedarkan diri. Saya difahamkan paru-paru kanannya sudah rosak, manakala paru-paru kiri pula dijangkiti kuman.



"Doktor sukar untuk lakukan pembedahan memandangkan berikutan usianya.

"Justeru saya minta semua pihak mendoakan yang terbaik dan semoga dia cepat sembuh kerana dia seorang kawan yang baik,"katanya ketika dihubungi.



Menurutnya, pelakon popular era Studio Cathay-Keris di Singapura ini rajin menghubunginya dan sering berbual mengenai dunia perfileman tanah air.



"Paling akhir dia menghubungi saya ialah dua minggu lalu. Seringkali saya lihat keadaan kesihatannya biasa saja kerana tidak pernah kena sakit yang serius.



"Bagaimanapun saya terkejut apabila anaknya memberitahu Mustapha mempunyai masalah di paru-paru dan pernafasan," katanya.



Sementara itu, menantunya penyanyi Fredo pula ketika dihubungi enggan mengulas keadaan kesihatan terkini bapa mentuanya.



Mustapha dilahirkan pada 1 Januari 1935 di Kuala Lumpur.



Antara filem lakonannya ialah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.

Beliau pernah mendapat Anugerah Veteran dalam Festival Filem Malaysia ke-10 serta Anugerah Tokoh Perfileman Finas 2010.







Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Seniman Mustapha Maarof kritikal"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info