Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Memperkenalkan Masterpieces – Galeri Seni Digital Oleh Artis Di Malaysia

Samsung melalui beberapa peranti mereka sedia memfokuskan kepada kemudahan untuk para artis membuat lakaran digital dengan mudah dan seumpama melukis di atas kertas. Kini, dalam mempromosikan seni digital, mereka turut melancarkan sebuah galeri seni digital dinamakan sebagai “Masterpieces”.


Untuk Masterpieces ini, pihak Samsung mengumpulkan hasil karya yang dibuat menggunakan Samsung GALAXY Note 10.1, dan dikongsikan melalui web khusus – MasterPiecesArt.com.


Selain dalam versi maya, pihak Samsung turut sama bekerjasama dengan pihak Galeri Petronas dalam mempertontonkan 11 artis tempatan dengan hasil kerja seni digital mereka.


Samsung Masterpieces


Samsung Masterpieces


Bagi anda yang berminat, boleh ke laman rasmi mereka, ataupun memuat-turun aplikasi khusus untuknya di Google Play Store atau Samsung Galaxy Apps. Disamping itu, bagi anda yang berminat ke Galeri Petronas, ia dibuka sehingga 21 Disember ini, dimana sejumlah tablet Galaxy Note 10.1 turut disediakan untuk pengguna membuat lakaran mereka tersendiri ketika berada di sana.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Memperkenalkan Masterpieces – Galeri Seni Digital Oleh Artis Di Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info