Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Project Ara Menerima Sokongan Daripada Pengeluar Cip NVIDIA Dan Marvell

Project Ara merupakan salah satu projek oleh Google dalam membolehkan pengguna mengubah pelbagai komponen pada telefon pintar dan menaik-tarafnya dengan mudah – lebih kurang seperti mana anda lakukan pada destkop hari ini. Perkara ini dijangka akan mengurangkan pembaziran komponen elektronik, disamping memudahkan pengguna menaik-taraf peranti tanpa menukar keseluruhan peranti mereka.


Project Ara


Seperti biasa, untuk menjayakan perkara ini, Google perlu mendapatkan kerjasama daripada para pengeluar komponen untuk hadir dengan komponen dan modul yang boleh ditukar-ganti pada peranti. Beberapa rakan kerjasama telah sedia diumumkan, dan terkini menyertai Project Ara adalah dua pengeluar cip pemprosesan popular, iaitu NVIDIA dan juga Marvell.


Google sedia menjadualkan sebuah acara khas pada bulan Januari ini dalam memperlihatkan prototaip dan perkembangan Project Ara kepada umum. Mungkin kita akan turut melihat pengenalan beberapa modul dan komponen daripada pengeluar lain pada acara yang sama.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Project Ara Menerima Sokongan Daripada Pengeluar Cip NVIDIA Dan Marvell"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info