Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Polis ditahan cuba seludup manusia





Padang Besar: Seorang anggota polis lelaki berpangkat Lans Koperal berusia 27 tahun dicekup pihak Imigresen ketika cuba menyeludup keluar empat Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) keluar melalui Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin(ICQ) Padang Besar, Perlis kira-kira 7 pagi semalam (Ahad).








Suspek yang bertugas di Seremban berkenaan dicekup ketika cuba menyeludup keluar empat PATI dari Vietnam di laluan keluar kompleks ICQ Padang Besar di sini.





Difahamkan, suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak itu mengambil kempat-empat PATI itu di Stesyen Bas Changlun sebelum menyembunyikan dua daripada PATI berkenaan di dalam bonet belakang kereta miliknya manakala dua lagi di bahagian penumpang belakang dan depan kereta.





Suspek kemudian ditahan Imigresen ketika melalui laluan keluar ICQ Padang Besar menuju ke Thailand sebelum ditahan pihak Imigresen bertugas di situ.





Sementara itu, Timbalan Pengarah Imigresen negeri Zulhilmi Zulkifli ketika mengesahkan perkara itu berkata suspek kini direman selama tujuh hari dan PATI berkenaan kini ditahan pihaknya.





Katanya, suspek yang dipercayai sudah empat kali melakukan aktiviti penyeludupan manusia sebelum ini akan disiasat mengikut Seksyen 26K(2) Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.





Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Polis ditahan cuba seludup manusia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info