Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pereka Grafik Melukis Menggunakan Hidung Dan Apple Magic Trackpad

Kami sudah menulis secara sepenuh masa hampir 20 tahun dan oleh sebab itu pergelangan tangan kami sudah mengalami masalah repetetive stress injury (RSI). Ini adalah disebabkan postur ketika menaip dan menggunakan tetikus yang salah selama bertahun lamanya. Bagi mengurangkan kesakitan ketika bekerja kami membelanjakan wang yang banyak untuk papan kekunci ergonomik serta mula mengamalkan postur yang betul. Alhamdulillah kesakitan kita berkurangan tanpa perlu menjalani pembedahan. Michelle Vandy ialah seorang pereka grafik yang berasal dari New Zealand. Akibat bekerja selama 15 jam sehari beliau turut mengalami masalah RSI yang kronik. Oleh sebab itu beliau mencari cara lain untuk melakukan kerja bagi mengelakkan masalah ini menjadi semakin teruk. Penyelesaian beliau ialah melukis dengan hanya menggunakan hidung dan sebuah Apple Magic Trackpad. Beliau sudah menggunakan teknik ini selama 5 tahun dan kini dapat menghasilkan karya seni yang baik menggunakan teknik yang unik ini. Penyelesaian yang aneh tetapi sekiranya membantu apa salahnya.







Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pereka Grafik Melukis Menggunakan Hidung Dan Apple Magic Trackpad"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info