Seorang Pengurus Jabatan Kontrak dikenali sebagai Ismail Mahtar, 53, mendakwa dirinya adalah mangsa kepada kes amuk membabitkan penyanyi kontroversi dari Singapura, Aliff Aziz.
Menurut Ismail, dia tidak semena-mena diserang Aliff dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.15 pagi, pada Isnin lalu.
Menceritakan kejadian tersebut, dia menyatakan pada pagi itu dia keluar ke lobi untuk merokok sebelum didatangi Alif.
"Saya dari Labuan dan datang ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. Saya menginap di tingkat 19 hotel tersebut dan pada pagi itu saya ke lobi kerana mahu merokok.
"Apabila keluar ke lobi, saya nampak ada tiga orang di situ dan salah seorangnya dalam keadaan tidak berbaju dan hanya berseluar pendek. Semasa hendak menyalakan rokok, tiba-tiba pemuda yang tidak berbaju itu menjerit dan terus meluru ke arah saya.
"Saya sempat mengelak dan lari dari situ tetapi dia mengejar saya dan pada masa itu saya terjatuh tetapi saya cuba bangun. Kemudian saya terjatuh lagi.
"Apabila saya sudah jatuh dia mendekati saya dan di tepinya ada sebuah kipas meja. Dia terus mencapai kipas itu dan mahu memukul saya tetapi tindakannya itu sempat dihalang seorang pengawal dan seorang rakannya.
"Tapi ketika dia mendekati saya itu, saya memang ada terbau arak (liqour) dari badannya dan bau itu sangat kuat," katanya kepada Malaysian Digest.
Akibat kejadian itu, Ismail mengalami kecederaan patah tulang bahu di sebelah tangan kanan. Dia kemudian mendapatkan rawatan di sebuah klinik pakar dan hasil pemeriksaan, doktor memberitahu kecederaan itu memerlukannya menjalani pembedahan kecil dengan segera.
"Sehingga hari ini tangan kanan saya lebam dan kebas. Doktor memberitahu saya perlu menjalani pembedahan dengan segera manakala kos pembedahan dianggarkan RM10,000," katanya yang turut memaklumkan telah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul sebelum kes berkenaan dirujuk ke Balai Polis Chow Kit.
Kesan kcederaan pada bahu sebelah kanan Ismail yang memerlukan dia menjalani pembedahan dengan segera.Kesan kcederaan pada bahu sebelah kanan Ismail yang memerlukan dia menjalani pembedahan dengan segera.
Dalam sebuah laporan portal hiburan hari ini, Aliff menafikan dia berada dalam keadaan di bawah pengaruh dadah ketika kejadian sebaliknya mendakwa dirinya di sampuk makhluk halus.
Sementara itu, Ismail mahu penyanyi itu berjumpa dan membuat permohonan maaf padanya dalam tempoh dua minggu sebelum mengambil tindakan undang-undang.
"Pada hari itu saya terpaksa membatalkan mesyuarat dan menangguhkan urusan kerja. Malah, saya menanggung kesakitan akibat kejadian itu dan perlu menjalani pembedahan segera yang menelan kos yang banyak.
"Saya mahu dia berjumpa dan memohon maaf kepada saya. Jika tidak, saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan saman terhadapnya atas kecederaan yang saya alami ini," tegasnya.
Selain sering dikaitkan dengan kontroversi cinta, Aliff sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi selepas didakwa terlibat dengan kecurian di sebuah pusat hiburan di negara kelahirannya.
Dia juga pernah dikaitkan dengan beberapa masalah disiplin yang melibatkan produksi drama hingga menjejaskan reputasi dan imejnya sebagai penyanyi serta pelakon.
Sumber http://ift.tt/1kohVw1
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pengurus Jabatan Kontrak Lebam dan Kebas, Aliff Diminta Mohon Maaf"