Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pandang Pertama Mi Band – Gelang Tangan Pintar Berharga RM59 Daripada Xiaomi

Pada tahun 2014 ini, pelbagai pengeluar telah hadir dengan gelang tangan pintar mereka tersendiri, dan tidak ketinggalan adalah pihak Xiaomi. Dinamakan sebagai Mi Band, ia telah mula dijual baru-baru ini, dan membawakan tanda harga rasmi sebanyak RM59 untuk pasaran Malaysia – menjadikan ia sebagai salah satu gelang tangan pintar yang paling murah di pasaran.


Kotak Dan Rekaan

Xiaomi Mi Band


Xiaomi Mi Band hadir dengan bungkusan menyerupai pada beberapa peranti Xiaomi yang lain, dimana ia membawakan kotak berwarna perang dengan hanya tulisan Mi sahaja pada bahagian atas. Saiz kotak yang dibawakan adalah kecil, sesuai untuk menyertakan gelang tangan pintar Xiaomi, sebuah pengecas berasaskan USB, dan juga buku manual yang hadir dalam bahasa Cina.


Bercakap mengenai pengecas berasaskan USB, untuk mengecas, pengguna perlu menanggalkan bahagian utama pada gelang tangan pintar dan menghubungkan ia ke pengecas untuk tujuan mengecas.


Dari segi rekaan, kami amat menyukai strap yang dibawakan oleh Mi Band ini berbanding beberapa gelang tangan pintar lain. Ini kerana ia membawakan sebuah ruangan khas untuk anda memasang pada tangan, sekaligus mengelakkan ia daripada terjatuh ketika sedang membuat aktiviti kecergasan – berbeza dengan beberapa gelang tangan pintar lain dipasaran, yang mana kami sendiri melihat ia tercabut ketika sedang digunakan, ataupun tanpa sengaja ketika memandu dan sebagainya.


Xiaomi Mi Band


Xiaomi Mi Band


Penggunaan- Aplikasi Untuk Android Dan iPhone

Untuk mula menggunakannya, pengguna perlu memuat-turun sebuah aplikasi khusus Mi Band ke telefon pintar mereka. Aplikasi Mi Band ini hadir untuk pengguna peranti Android dan juga iPhone. Untuk pengguna peranti Android, anda memerlukan versi Android 4.4 untuk dapat menggunakannya. Percubaan kami pada peranti BlackBerry turut berfungsi tanpa sebarang masalah – melalui penggunaan APK Mi Band pada peranti BlackBerry. Kami mencubanya pada BlackBerry Passport yang menjalankan BlackBerry 10.3.


Sebaik sahaja selesai memasang aplikasi berkenaan, pengguna perlu terlebih dahulu mendaftar akaun Xiaomi untuk dapat menggunakannya. Untuk pengguna yang mendaftar menggunakan nombor telefon, anda perlulah log masuk menggunakan permulaan +6 pada peranti anda. Bagi pemilik akaun Mi sedia ada, anda boleh log masuk dan terus menggunakan Mi Band dengan mudah.


Sebaik sahaja log masuk, anda akan diminta menghubungkan peranti Mi Band ke akaun anda. Untuk menghubungkan, ia akan menggunakan sokongan Bluetooth, dimana Mi Band anda akan berkelip, dan anda hanya perlu tap diatasnya untuk pair. Selsai sahaja menghubungkannya, pengguna boleh mengakses data dan juga melihat status semasa Mi Band seperti kapasiti bateri yang masih tinggal dan beberapa yang lain.


Untuk penggunaan, Mi Band memfokuskan kepada sokongan kecergasan. Pengguna boleh memantau langkah perjalanan dan menetapkan sasaran harian yang ingin dicapai. Sebagai contoh, anda boleh menetapkan untuk berjalan 10,000 langkah dan melihat adakah anda mencapainya ataupun sebaliknya.


Xiaomi Mi Band


Xiaomi Mi Band


Selain itu, Mi Band turut membolehkan anda membuat beberapa aktiviti kecergasan yang lain seperti lompat tali dan juga bangkit tubi. Mi Band menggunakan sensor terbina untuk memantau pergerakkan ketika aktiviti berkenaan, dan mencatatnya pada peranti dan aplikasi. Jika peranti anda tidak dihubungkan melalui Bluetooth ketika aktiviti, data tersebut akan sync selepas anda menghubungkannya ke telefon pintar anda semula – sesuatu yang bagus dan membolehkan anda membuat larian tanpa perlu membawa telefon pintar.


Mi Band juga dilihat kelak akan mengintegrasikan sokongan untuk pelbagai sukan lain untuk dinilai menggunakan Mi Band ini. Selain kecergasan, Mi Band turut hadir dengan sokongan untuk memantau aktiviti tidur anda, membolehkan anda mengetahui keadaan anda tidur ketika sesuatu hari, dan berapa lama anda tidur.


Fungsi lain yang turut diintegrasikan adalah sokongan untuk mendapatkan notifikasi panggilan dan juga mesej melaluinya. Kami telah menguji ia melalui BlackBerry Passport, dan dilihat notifikasi panggilan beroperasi tanpa sebarang masalah.




Kami baru sahaja mencubanya untuk sehari, dan seperti biasa ia masih terlalu awal untuk memberikan ulasan penuh untuk peranti berharga RM59 ini. Buat masa ini, kami amat berpuas hati dengan gelang tangan pintar ini, dan akan membawakan ulasan penuh termasuk dalam bentuk video dalam seminggu dua lagi.


Xiaomi Mi Band


Xiaomi Mi Band


Xiaomi Mi Band






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pandang Pertama Mi Band – Gelang Tangan Pintar Berharga RM59 Daripada Xiaomi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info