Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mozilla Mungkin Membawa Pelayar Web Firefox Ke iOS

Mozilla sebelum ini tidak menawarkan pelayar web Firefox kepada pengguna iOS, memandangkan pelayar web diperlukan menggunakan enjin Apple untuk tujuan tersebut dan bukannya enjin mereka tersendiri. Buat masa ini, Opera dan Chrome masing-masing menggunakan enjin Apple untuk pelayar web mereka.


Kini, Mozilla dibawah CEO baru, dilihat ingin menawarkan pelayar web mereka kepada pelbagai platform yang digunakan ramai, dan salah satunya adalah iOS.


Mozilla masih lagi belum berkongsi bagaimanakah mereka akan menawarkan pelayar web versi iOS mereka kelak buat masa ini. Apa pun, dengan penawarannya kelak, ia mungkin akan menarik lebih ramai pengguna menggunakan ia di desktop, memandangkan pengguna boleh menggunakan fungsi sync dan sebagainya dengan lebih efektif.


Salah satu sebab mengapa Firefox untuk Android popular adalah kerana kebolehan pengguna melayari web di desktop, dan menyambungnya di peranti mudah-alih melalui fungsi sync. Mungkin jika ia ditawarkan kepada pengguna iPhone, pengguna akan lebih meminati Firefox.


Selain Mozilla, beberapa pembangun pelayar web lain turut menyediakan fungsi lebih kurang sama, termasuk pihak Chrome.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Mozilla Mungkin Membawa Pelayar Web Firefox Ke iOS"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info