Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Meizu Memperkenalkan M1 Note – Skrin 5.5-inci, Dwi-SIM, Cip 64-Bit, LTE

Meizu hari ini memperkenalkan peranti pertama mereka dibawah keluarga “Blue Charm”, dinamakan sebagai M1 Note. Peranti berupa phablet ini hadir dengan beberapa pilihan warna – lebih kurang seperti iPhone 5C, dan ditawarkan pada harga yang amat rendah.


Meizu M1 Note


M1 Note ini membawakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan resolusi 1080p, dan dilengkapi dengan cip pemprosesan 64-bit lapan-teras MediaTek MT6752. Cip lapan teras ini membawakan kuasa pemprosesan yang baik, selain turut menyertakan sokongan grafik yang sesuai untuk memainkan pelbagai jenis permainan dan pada masa yang sama kebolehan menggunakan rangkaian LTE.


Untuk bahagian skrin, Meizu menggunakan panel daripada pihak Sharp/AUO, sementara untuk kamera belakang 13-megapixel, mereka menggunakan kamera daripada Samsung. Disamping itu, peranti ini turut hadir dengan kamera hadapan 5-megapixel untuk rakaman selfie.


Seperti kebanyakkan telefon pintar dari China, Meizu turut melengkapkan m1 Note dengan sokongan dwi-SIM. Untuk perisian, ia menggunakan Android, dan dilengkapi antaramuka dan beberapa fungsi tambahan daripada Meizu melalui Flyme OS.


Buat masa ini, harga jualan tempatan dan bilakah Meizu akan menawarkan M1 Note di pasaran global masih tidak diketahui lagi. Harga jualan M1 Note di China adalah 999 Yuan (~RM561), yang mana boleh dikatakan agak murah untuk spesifikasi yang ditawarkan mereka.


Meizu M1 Note SIM






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Meizu Memperkenalkan M1 Note – Skrin 5.5-inci, Dwi-SIM, Cip 64-Bit, LTE"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info