Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Maxis Mempercepatkan Proses Membaik-Pulih Rangkaian Di Pantai Timur

Maxis hari ini berkongsi progress mereka di Pantai Timur, dimana mereka mengatakan mereka memberikan keutamaan untuk mempercepatkan pemulihan perkhidmatan di lokasi-lokasi yang terjejas dengan banjir.


Maxis mengatakan mereka menghadapi beberapa kekangan dalam usaha untuk membaik-pulih, termasuk antaranya adalah kerana ketiadaan bekalan elektrik, selain pada masa yang sama sukar untuk ke lokasi-lokasi yang terjejas teruk.


Maxis Pantai TImur


Apa pun, pihak Maxis turut mengatakan yang mana mereka turut menggunakan pemancar mudah-alih di beberapa kawasan yang terjejas untuk membolehkan pada pengguna kekal berhubung dengan keluarga mereka.


Sejak daripada penghujung minggu lepas, pihak Maxis telah mula menawarkan panggilan dan SMS percuma untuk pelanggan mereka di Kelantan dan juga Terengganu dari rangkaian Maxis ke Maxis yang lain – dimana sebanyak 100 minit percuma dan 100 SMS percuma ditawarkan kepada pelanggan di sana.






Banyak lagi menarik FB kami



https://www.facebook.com/gambarpeliklucuorangkomen

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Maxis Mempercepatkan Proses Membaik-Pulih Rangkaian Di Pantai Timur"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info