Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mari Lihat Memori Dan Detik-Detik Menarik Anda Sepanjang Tahun 2014 Di Facebook

Facebook merupakan salah satu laman sosial popular, dimana ramai pengguna seluruh dunia menggunakannya dalam mencatatkan pelbagai memori menarik mereka selain berkongsi pelbagai pendapat dan perkongsian melaluinya. Seperti setiap tahun, Facebook pada tahun ini turut telah menyediakan sebuah halaman khusus, membolehkan pengguna menyemak detik menarik mereka sepanjang tahun 2014 yang dikongsikan melalui laman tersebut.


Facebook 2014


Berbeza dengan tahun lepas yang mana Facebook menawarkan dalam bentuk video, untuk tahun ini, mereka memaparkan dalam bentuk garis masa bergambar mengikut bulan sepanjang tahun 2014 ini. Pelbagai gambar dipaparkan – dan seperti biasa pengguna boleh menyunting ia terlebih dahulu sebelum berkongsi dengan rakan-rakan yang lain.


Untuk penyuntingan, pihak Facebook hanya membenarkan ia dilakukan pada peranti mudah-alih, sementara pada web, pengguna boleh melihatnya sahaja tanpa sokongan penyuntingan.


Bagi anda yang berminat untuk melihat detik-detik dan memori menarik sepanjang tahun 2014 ini, boleh layari laman Year In Review, dan mengingati kembali pelbagai perkara yang telah dilakukan anda sepanjang tahun 2014 ini.


Facebook : Year In Review





Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Mari Lihat Memori Dan Detik-Detik Menarik Anda Sepanjang Tahun 2014 Di Facebook"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info