Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lumia 535 – Peranti Pertama Dengan Jenama Microsoft Akan Dijual Di Malaysia Pada Harga RM429

Microsoft Malaysia hari ini secara rasminya telah pun mengumumkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Microsoft Lumia 535, yang mana merupakan peranti terbaru berasaskan Windows Phone dengan jenama Microsoft – menggantikan penggunaan nama Nokia sebelum ini.


Lumia 535


DSC_0404


Lumia 535 merupakan telefon pintar berspesifikasi rendah daripada Microsoft menggunakan Windows Phone. Peranti ini hadir dengan cip empat-teras, kamera hadapan 5-megapixel, kamera belakang 5-megapixel, dan turut hadir dengan sokongan dwi-SIM serta kad-SD. Peranti ini akan ditawarkan dalam beberapa pilihan warna, dan turut hadir dengan sokongan WIndows Phone terkini termasuk Action Center, Cortana (perlu diaktifkan secara manual) dan sebagainya.


Lumia 535


Lumia 535 akan mula dijual di Malaysia bermula minggu hadapan, dimana ia akan dijual pada harga RM429, dan bersempena dengan Hari Natal, mereka turut hadir dengan sebuah Gift Pack, menawarkan beberapa barangan tambahan bernilai RM99 secara percuma, termasuk pelindung skrin, keychain, powerbank dan juga kad memori bersaiz 16GB.







Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lumia 535 – Peranti Pertama Dengan Jenama Microsoft Akan Dijual Di Malaysia Pada Harga RM429"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info