Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lori hilang kawalan rempuh enam kenderaan





Kuantan: Enam kenderaan termasuk sebuah motosikal dilanggar lori tanpa muatan yang secara tiba-tiba hilang kawalan di Jalan Semambu, di sini, malam ini.





Kejadian kira-kira 7 malam itu menyebabkan tiga lelaki termasuk seorang penunggang motosikal parah.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori tiga tan dipandu seorang lelaki itu secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum melanggar lima kereta dan sebuah motosikal.



Berikutan itu, laluan berkenaan sesak sepanjang tiga kilometer dan kerja mengalih kenderaan terbabit kemalangan masih dijalankan.



Mangsa yang cedera sudah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan ( HTAA) di sini, untuk rawatan lanjut







Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lori hilang kawalan rempuh enam kenderaan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info