Sembang Maniac

Sembang-sembang je

LG G3 Berharga RM1699, LG G3 Stylus Berharga RM799 – Di Malaysia Secara Rasmi Sebelum Hari Natal

Beberapa hari yang lepas, kami telah berkongsi maklumat berkenaan dengan peranti mudah-alih LG yang bakal memasuki semula pasaran Malaysia dalam masa terdekat. Hari ini, kami telah mendapat pengesahan daripada pihak Brightstar (pengedar rasmi peranti mudah-alih LG di Malaysia), dimana mereka akan mula menawarkan kedua-dua peranti pintar terbaru di Malaysia pada penghujung minggu ini.


LG G3


LG G3


Dua peranti yang akan ditawarkan oleh mereka adalah LG G3 dan juga LG G3 Stylus. LG telah memperkenalkan LG G3 untuk pasaran global pada bulan Mei 2014 yang lepas, dan ia telah mengambil masa sedikit lama untuk ia ditawarkan secara rasmi di Malaysia. Beberapa penjual sedia menawarkan versi AP, tetapi ia sesuatu yang menarik untuk melihat peranti tersebut ditawarkan secara rasmi oleh LG melalui Brightstar.


LG G3 membawakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan resolusi 2K, dilengkapi cip Snapdragon 801, memori 2GB RAM, kamera belakang 13-megapixel OIS, dan turut hadir dengan sokongan rangkaian 4G LTE.


LG G3 Stylus pula adalah peranti dengan spesifikasi pertengahan tetapi membawakan sebuah aksesori tambahan secara terbina yang berfungsi sebagai stylus. Dari segi spesifikasi, ia membawakan skrin bersaiz 5.5-inci qHD, cip pemprosesan empat-teras 1.3GHz, memori 1GB RAM, kamera 13-megapixel, dan ruangan storan bersaiz 8GB.



Di Malaysia, LG G3 akan dijual pada harga RM1699, sementara LG G3 Stylus akan dijual pada harga RM799. Peranti ini dijangka akan dipasarkan pada minggu hadapan dan boleh didapati daripada para pengedar rasmi Brightstar seluruh negara.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "LG G3 Berharga RM1699, LG G3 Stylus Berharga RM799 – Di Malaysia Secara Rasmi Sebelum Hari Natal"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info