Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lelaki rentung bersama kereta





Kuala Lumpur: Seorang lelaki rentung selepas kenderaan jenis Toyota Vios yang dipandunya merempuh pembahagi jalan sebelum terbakar di Jalan Loke Yew, Cheras di sini, jam 7.30 pagi tadi.






Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, mangsa yang berusia 30-an maut di tempat kejadian dan kini dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)untuk bedah siasat.



Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.46 pagi sebelum tiba tujuh minit kemudian bagi memadamkan kebakaran dan mengeluarkan mayat mangsa yang terperangkap di bahagian pemandu.



"Siasatan awal mendapati kereta Toyota Vios dan mangsa hangus terbakar 100 peratus selepas lelaki itu melanggar pembahagi jalan berhampiran pusat beli belah Viva Mall," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.





Beliau berkata, siasatan lanjut akan diserahkan kepada pihak polis untuk mengetahui punca sebenar kemalangan.







Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lelaki rentung bersama kereta"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info