Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lee Chong Wei Saman Razif Sidek

Pemain badminton yang kini dalam proses pendakwaan atas kegagalan ujian doping Datuk Lee Chong Wei mengesahkan akan menyaman Razif Sidek dan sebuah akhbar harian berbahasa Melayu yang mendakwa bahawa beliau terlibat dalam penggunaan dadah.












Razif dan Lee Chong Wei

Lee Chong Wei Saman Razif Sidek

Saman ini adalah kerana satu kenyataan Razif Sidek dalam sebuah akhbar mendakwa bahawa Chong Wei telah menggunakan bahan yang dilarang untuk satu jangka masa yang lama dan disedari oleh pegawai-pegawai dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM).



"Dakwaan-dakwaan tersebut tidak benar. Anda tidak boleh sesuka hati berkata sesuatu hanya kerana saya terlibat dengan kes doping. Adakah dia mempunyai apa-apa bukti untuk menguatkan dakwaannya," - Lee Chong Wei ( dipetik dari The Star Online )



BWF mengantung Lee Chong Wei daripada menyertai semua kejohanan selepas sampel A dan B beliau didapati positif untuk bahan dexamethasone yang diharamkan sehingga pendengaran dijalankan.



Sementara itu dalam isu berkaitan , Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak akan campur tangan dalam kes saman Datuk Lee Chong Wei terhadap Razif Sidek dan sebuah akhbar berbahasa Melayu, kerana perkara itu bersifat peribadi.



sumber mstar online



Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lee Chong Wei Saman Razif Sidek"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info