Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Komputer Riba Memfokuskan Permainan – HP OMEN Dilancarkan Di Malaysia – Intel i7, GeForce GTX 860M

HP Malaysia hari ini secara rasminya telah memperkenalkan beberapa produk baru daripada mereka, dan salah satunya adalah komputer riba memfokuskan gaming, dinamakan sebagai HP Omen.


HP OMEN


HP OMEN menggunakan Windows 8.1, dan dilengkapi dengan skrin bersaiz 15.6-inci dengan sokongan sentuh. Ia turut menggunakan cip pemprosesan Intel Core i7, kad grafik NVIDIA GeForce GTX 860M, memori 16GB DDR3L, dan storan berasaskan SSD bersaiz 512GB.


Dari segi rekaan, boleh dikatakan HP OMEN ini membawakan rekaan yang menarik berbanding beberapa komputer riba lain yang sering bersaiz besar dan tebal.


Di Malaysia, HP OMEN akan ditawarkan pada harga bermula RM6999. selain mana mereka turut menawarakna beberapa aksesori tambahan, seperti HP OMEN Gaming Mouse pada harga RM149, dan juga HP OMEN Gaming BackPack pada harga RM149.







Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Komputer Riba Memfokuskan Permainan – HP OMEN Dilancarkan Di Malaysia – Intel i7, GeForce GTX 860M"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info