Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kodi 14 Dilancarkan – Penjenamaan Semula Untuk Pengurus Media XBMC

Pembangun XBMC telah mengumumkan pada bulan Ogos yang lepas yang mana mereka akan menjenamakan semula XBMC kepada Kodi bermula versi 14. Setelah dalam fasa pembangunan untuk beberapa bulan, hari ini pengurus dan pemain media popular tersebut telah pun dilancarkan dalam versi baru dan penjenamaan baru, iaitu Kodi 14.


Kodi


Bagi yang tidak mengenali akan Kodi (XBMC), ia merupakan salah satu perisian dan aplikasi untuk pelbagai platform termasuk Windows, Mac, Linux, iOS dan Android – membolehkan pengguna mengubah peranti mereka untuk dioptimasikan bagi memainkan video, audio atau menonton gambar.


Kodi 14 hadir dengan sokongan video codec terkini, termasuk sokongan H.265 dan juga VP9. Disamping itu, pengguna kini diberikan lebih kawalan, termasuk dari segi sokongan kemaskini dan juga membolehkan pengguna mengubah paparan papan kekunci atas-skrin pada perisian tersebut sekiranya digunakan pada tablet dan sebagainya.


Kodi 14 turut membawakan penambah-baikkan memainkan media pada Android, iOS, Windows, OSX dan juga Linux. Pihak pembangun Kodi turut mengatakan yang mana setelah menaik-taraf ke Kodi 14, ia akan menjadi sukar untuk kembali ke versi lama. Bagi anda yang ingin memasangnya, mungkiin perlu membuat salinan pendua terlebih dahulu untuk library media anda sebelum menaik-taraf ke Kodi 14 Helix ini.


Muat-Turun Kodi 14 Helix





Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kodi 14 Dilancarkan – Penjenamaan Semula Untuk Pengurus Media XBMC"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info