Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kini Anda Boleh Membuat Tempahan Teksi Dari EasyTaxi Terus Pada WeChat

WeChat dan EasyTaxi sebelum ini telah menguji sokongan tempahan teksi melalui aplikasi permesejan WeChat di Singapura. Daripada maklumbalas yang diterima, kini fungsi sama turut diperluaskan ke beberapa negara lain, termasuk di Malaysia.


EasyTaxi WeChat


Untuk menggunakannya dalam aplikasi permesejan WeChat, pengguna terlebih dahulu perlu menambah akaun EasyTaxi Malaysia dengan ID easytaximy. Sebaik sahaja menambahnya, anda akan melihat kotak perbualan baru yang memperlihatkan butang untuk mendapatkan teksi dan juga mendapatkan promosi.


Sekiranya anda ingin menempah teksi menggunakan aplikasi WeChat, anda hanya perlu klik pada butang mendapatkan teksi, dan seterusnya ia akan membuka halaman tempahan EasyTaxi berasaskan web.


Untuk tujuan pembayaran, ia masih lagi belum diintegrasikan ke WeChat, memandangkan WeChat hanya menawarkan sokongan pembayaran terbina di China sahaja buat masa ini.


Apa pun, integrasi dan kerjasama kedua-dua pihak ini memperlihatkan perkembangan positif WeChat yang mana turut memberikan idea lebih banyak integrasi edagang akan dilakukan oleh mereka pada masa akan datang.


Muat-Turun WeChat





Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kini Anda Boleh Membuat Tempahan Teksi Dari EasyTaxi Terus Pada WeChat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info