Terdapat beberapa laman sosial pada masa kini, dan hari ini, Kementerian Wilayah Persekutuan melancarkan sebuah aplikasi baru dinamakan sebagai 1WPrice yang mana memfokuskan kepada fungsi penggunaan seumpama laman sosial untuk berkongsi harga sesuatu barangan.
Aplikasi tersebut ditujukan kepada pengguna di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan dan ditawarkan untuk pengguna Android dan iOS (versi Windows Phone diumumkan tetapi kami tidak menjumpai sebarang pautan muat-turun buat masa ini).
Aplikasi tersebut membolehkan pengguna menetapkan jarak lokasi kemaskini, dan membolehkan anda melihat pelbagai kemaskini semasa daripada penduduk sekitar Wilayah Persekutuan berkaitan harga sesuatu barangan.
Untuk menggunakannya pula, pengguna hanya perlu menambah gambar, maklumat dan juga harga barangan, sebelum berkongsi dengan pengguna 1WPrice yang lain. Seperti biasa, aplikasi ini ditawarkan secara percuma, dan pengguna perlu mendaftar akaun terlebih dahulu sebelum dapat menggunakannya.
Konsep yang ditawarkan aplikasi ini boleh dikatakan agak unik, tetapi mungkin pembangunnya perlu mengemaskini beberapa perkara, termasuk dari segi jenama (1WPrice agak sukar untuk disebut), nama penerbit aplikasi pada kedai aplikasi, dan juga rekaan antaramuka aplikasi berkenaan sendiri. Mungkin juga Kementerian Wilayah Persekutuan boleh menyediakan beberapa sukarelawan untuk mengemaskini kandungan atau bekerjasama dengan beberapa penjual dalam mempromosikan harga tawaran mereka dan sebagainya. Tidak mustahil dengan pelbagai kemaskini semasa, ia menjadi salah satu aplikasi yang digunakan ramai penduduk Wilayah Persekutuan.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turunnya hari ini pada peranti mudah-alih anda dan mencubanya sendiri.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kementerian Wilayah Persekutuan Melancarkan Aplikasi 1WPrice – Laman Sosial Untuk Berkongsi Harga Barangan"