ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun meninggal dunia malam tadi disyaki akibat jangkitan kencing tikus.
Amirah Maisarah Zir Omar Khan, anak sulung daripada tiga beradik meninggal di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini selepas dimasukkan ke hospital sejak Rabu lepas kerana demam panas.
Dua adiknya Nur Syazana, 5, dan Zaharah Alisa, 3, turut mengalami simptom yang sama.
Ibu saudara mangsa Norlaila Mohamad, 32, berkata anak saudaranya itu demam panas sejak Selasa dan dibawa ke HSB tetapi dibawa pulang semula ke rumah di Taman Pinang Merah di sini pada hari yang sama.
"Hari Rabu dia dibawa semula ke hospital dan dimasukkan ke hospital dan meninggal pada Jumaat pukul 11.47 malam," katanya ketika ditemui di HSB hari ini.
Norlaila berkata, ketiga-tiga beradik itu dan ibu bapa mereka pergi ke sebuah pusat rekreasi di Yan pada 20 November lepas.
"Nor Syazana masih dirawat di hospital selepas disahkan positif jangkitan kencing tikus oleh sebuah pusat perubatan swasta sementara Zaharah Alisa akan dibawa ke hospital petang ini," katanya.
Usaha menghubungi pihak hospital dan Jabatan Kesihatan negeri bagi pengesahan kes itu masih gagal mendapatkan sebarang maklum balas. - BERNAMA
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kanak-Kanak Meninggal Disyaki Dijangkiti Kencing Tikus"