Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Huawei Ascend G7 Kini Mula Dijual Di Malaysia – Berharga RM999

Pada bulan lepas, Huawei Malaysia telah memperkenalkan Ascend G7 secara rasmi di Malaysia, dan bermula hari ini, peranti dengan sokongan rangkaian 4G LTE tersebut telah pun mula dijual pada harga RM999.


Ascend G7


Huawei Ascend G7 merupakan peranti dengan rekaan yang agak menarik dan premium, hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci, dilengkapi cip empat-teras, memori 2GB RAM, kamera belakang 13-megapixel, dan dilengkapi antaramuka terbaru Huawei, iaitu EMUI 3.0. Peranti ini turut menyertakan beberapa fungsi khusus, termasuk sokongan Power Saving dan pelbagai pilihan tema padanya.


Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan peranti ini melalui para pengedar rasmi Huawei seluruh negara bermula hari ini.







Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei Ascend G7 Kini Mula Dijual Di Malaysia – Berharga RM999"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info